Assalamualaikum dan hai, terima kasih kerana membaca blog kali ini
Topik kali ini adalah tentang plan data internet iaitu DATA BUFFET. Saya tahu anda yang membaca ini mungkin masih keliru dengan plan ini tapi sebelum saya nak ceritkan plan data ini saya berikan kisah disebalik terciptanya plan data buffet
Pada mulanya, sebelum ini plan B59 dan B89 adalah plan data internet menawarkan data internet, minit panggilan serta sms seperti berikut
- B59 : 12 DATA INTERNET + 100 MINIT PANGGILAN + 100 SMS
- B89 : 18 DATA INTERNET + 200 MINIT PANGGILAN + 200 SMS
Selepas sekian lama pakej ini dinaik taraf (upgrade) untuk berikan lagi penjimatan kepada pengguna onexox
- B59 : 12 DATA INTERNET + UNLIMITED CALL + 100 SMS
- B89 : 20 DATA INTERNET + UNLIMITED CALL + 200 SMS
Selepas itu, onexox naik tarafkan lagi plan ini dengan memberikan lagi penjimatan
- B59DB : 12 DATA INTERNET + UNLIMITED CALL + 100 SMS
- 12 DATA INTERNET + 32 DATA INTERNET (PERCUMA)
- 44GB DATA INTERNET
- B89DB : 20 DATA INTERNET + UNLIMITED CALL + 200 SMS
- 20 DATA INTERNET + 80 DATA INTERNET (PERCUMA)
- 100GB DATA INTERNET
Seperti sedia maklum bahawa plan data intertnet onexox untuk plan B59DB atau B89DB adalah plan data internet yang solid tanpa pecahan data internet (Harian atau Mingguan) serta tanpa pecahana kelajuan internet kerana onexox berikan kesemua data internet adalah berkelajuan penuh tanpa bercampur basic internet. Dan kesemua data internet boleh di HOTSPOT kan
Seperti sedia maklum juga bahawa plan data intertnet onexox untuk plan B59DB atau B89DB adalah plan data internet yang mempunyai ciri – ciri asal iatu data internet yang tidak habis digunakan akan dibawa kehadapan akan tetapi plan data internet untuk pakej buffet ini agak berbeza yang mana data internet yang akan dibawa kehadapan adalah data internet yang dalam kumpulan yang kita sedag gunakan
PLAN DATA BUFFET TIDAK BERIKAN DATA TERUS AKTIF TETAPI AKAN DIBERIKAN SECARA BERPERINGKAT
44GB / 100GB
Tidak akan dapat terus..
Tetapi akan dapat secara berperingkat Iaitu
1) 12GB / 20GB dan jika tinggal lagi 1 GB baki..
2) 8GB / 20GB seteruskan akan dimasukan secara automatik dan jika tinggal lagi 1 GB baki..
3) 8GB / 20GB seteruskan akan dimasukan secara automatik dan jika tinggal lagi 1 GB baki..
4) 8GB / 20GB seteruskan akan dimasukan secara automatik dan jika tinggal lagi 1 GB baki..
5) 8GB / 20GB seteruskan akan dimasukan secara automatik dan jika tinggal lagi 1 GB baki..
Sehingga lah mencecah 44GB / 100GB
PLAN DATA BUFFET : BERAPAKAH JUMLAH DATA YANG AKAN DIBAWA KEHADAPAN
Plan data buffet akan berikan secara berperingkat iaitu
12GB / 20GB + 8GB / 20GB + 8GB / 20GB + 8GB / 20GB + 8GB / 20GB = 44GB/100GB
Tetapi berapakah yang akan dibawakan kehadapan dalam mengekalkan ciri – ciri carry forward
- Contoh
- Jika anda telah menggunakan telah mengunakan 12GB data internet maka secara auto akan ditambahkan lagi 8GB akan tetapi anda hanya sempat habiskan 1GB sahaja maka apa yang dibawa ke hadapan adalah 7GB dan bukannya 31GB
- Jika anda telah menggunakan telah mengunakan 12GB data internet maka secara auto akan ditambahkan lagi 8GB selepas itu anda gunakan lagi sehinggkan 3 kali penambahan (8 + 8 +8) akan tetapi anda hanya sempat habiskan 2GB sahaja pada pertambahan ke 3 maka apa yang dibawa ke hadapan adalah 6GB dan bukannya 14GB