dasar privasi

dasar privasi

NOTIS PRIVASI

Laman ini beroperasi oleh XOX Com Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai “XOX”). Kami menghargai data peribadi anda dan melindungi maklumat peribadi anda dibawah Akta Perlindungan Peribadi 2010 (selepas ini dikenali sebagai “APP 2010”) untuk tujuan mengawal mengumpulan, pemegangan, pemprosesan and penggunaan maklumat peribadi dalam transaksi kommersial. Akta APP 2010 ini mengandungi tujuh prinsip mengenai perlindungan consumer di Malaysia.

Di dalam seksyen 4 Akta APP 2010,

“Data Peribadi” merujuk kepada sebarang maklumat berkaitan pelanggan XOX yang diberikan kepada XOX atau disediakan untuk XOX setelah mengikat kontrak dengan XOX, sebagai contoh, Nama, Kad Pengenalan/Nombor Pasport, alamat, maklumat transaksi dengan XOX seperti nombor telefon, nombor akaun, baki akaun, rekod pembayaran, dan aktiviti akaun.

“Data Peribadi Sensitif” mengandungi maklumat seperti maklumat kesihatan atau keadaan fizikal dan mental pelanggan, pendapat politik, kepercayaan atau kepercayaan seumpamanya, perlakuan atau tuduhan perbuatan kesalahan (di bawah undang-undang) atau lain-lain Data Peribadi yang ditetapkan oleh undang-undang.

“Pihak ketiga” berhubung dengan data peribadi, ertinya mana-mana orang selain seorang subjek data, seseorang yang berkaitan yang berhubungan dengan seorang subjek data, seorang pengguna

data, seorang pemproses data, atau seorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pengguna data untuk memproses data peribadi di bawah kawalan lansung pengguna data itu.

XOX berhak melakukan sebarang perubahan di dalam Notis ini. XOX akan mengumumkan sebarang perubahan melalui laman webnya di [www.xox.com.my]

1. SKOP

Notis ini tertakluk kepada semua operasi dan unit perniagaan XOX. Jika ada sebarang unit operasi atau unit perniagaan XOX yang sudah mempunyai Notis perlindungan data; Notis ini mengatasi dan menggantikan Notis tersebut.

2. TANGGUNGJAWAB

Bahagian Perkhidmatan Pelanggan bertanggungjawab ke atas akses dan perubahan data peribadi pelanggan, notis dan pilihan proses bagi menghadkan pemprosesan data peribadi. Jabatan Privasi di Bahagian Perundangan bertanggungjawab untuk memantau urus tadbir dan pematuhan luas perusahaan Notis ini.

3. TARIKH EFEKTIF

Notis ini bermula secara efektif dari 1 Ogos 2013 dan terpakai kepada semua operasi dan unit perniagaan XOX. Mana-mana operasi atau unit perniagaan yang mempunyai Notis perlindungan data yang berlainan perlu menggantikan Notis berkenaan dengan Notis ini.

4. PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

4.1 Prinsip Umum:

4.1.1 XOX akan hanya menggunakan, memproses, merekod, memegang, menyimpan, berkongsi dan mendedahkan (“proses”) Data Peribadi dengan kebenaran daripada pelanggan.

4.1.2 Melainkan notifikasi sebaliknya daripada pelanggan, sebarang penggunaan perkhidmatan dan/atau produk XOX yang berterusan oleh pelanggan akan dianggap sebagai kebenaran pelanggan untuk XOX memproses Data Peribadi pelanggan.

4.1.3 XOX akan merakam dan menyimpan rekod persetujuan anda menyambung penggunaan perkhidmatan kami seperti yang tertera di pangkalan data pelanggan aktif kami.

4.1.4 Jika anda berusia 18 tahun ke bawah, anda harus mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang sah sebelum menggunakan perkhidmatan dan/atau produk kami.

4.2 Prinsip Notis dan Pilihan:

4.2.1 Harap maklum bahawa XOX akan memproses Data Peribadi pelanggan dan MUNGKIN mendedahkan butiran Data Peribadi pelanggan di atas sebab-sebab di bawah ini kepada pihak-pihak berikut: –

  •  untuk syarikat dan organisasi yang dilantik oleh XOX yang menawarkan sebarang barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan;
  •  menetapkan profil perkhidmatan mengikut pilihan anda;
  •  untuk syarikat dan organisasi bagi pematuhan sebarang obligasi undang-undang dan/atau kawal selia yang diwajibkan ke atas XOX, di mana tertakluk   dalam kontrak dengan pelanggan;
  •  untuk syarikat atau organisasi yang menjadi saluran pembayaran XOX termasuk dan tidak terhad kepada institusi kewangan yang bertujuan mengekalkan   rekod kewangan, menilai atau mengesahkan kredit dan memudahkan pembayaran kepada XOX;
  •  untuk lain-lain penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga yang dilantik oleh XOX, sama ada secara individu atau bersama penyedia perkhidmatan yang   lain,  untuk tujuan membentuk dan mengekalkan pangkalan data pelanggan atau memproses data sebagai entiti sumber luar, dalam dan luar Malaysia;
  •  untuk memberi maklumat, promosi dan kemas kini termasuk bahan pemasaran dan pengiklanan yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan kami   dan juga organisasi yang telah dipilih oleh XOX;
  •  untuk syarikat dan organisasi yang dilantik sebagai agen atau kontraktor XOX bagi tujuan mengutip bil tertunggak yang perlu dibayar kepada XOX;
  •  untuk badan kawal selia atau pihak berkuasa kerajaan tempatan bagi tujuan pematuhan undang-undang atau bagi usaha mengenal pasti, membanteras   jenayah dan/atau pemalsuan;
  •  untuk sebarang pihak yang terlibat atau berkaitan dengan prosiding undang-undang, untuk tujuan prosiding;
  •  untuk melindungi kepentingan XOX;
  •  untuk urusan keadilan;
  •  untuk memperkenalkan sebarang produk dan/atau perkhidmatan XOX; atau produk, perkhidmatan dan tawaran istimewa daripada pihak ketiga yang   mana  produk atau perkhidmatannya pada pendapat kami menarik minat anda; dan;
  •  untuk lain-lain tujuan dan fungsi yang diberikan ke atas mana-mana individu oleh atau di bawah undang-undang.

4.2.2 Untuk makluman, XOX akan mengumpul data peribadi berkaitan pelanggan apabila pelanggan mendaftar salah satu daripada perkhidmatan atau pelanggan menerima salah satu daripada perkhidmatan XOX. Jenis maklumat adalah termasuk:

  •  Maklumat untuk dihubungi seperti nama, tarikh lahir, nombor pengenalan (termasuk NRIC atau nombor pasport), jantina, warganegara dan bangsa,   bahasa pilihan, alamat semasa dan alternatif, nombor telefon atau nombor talian mudah alih, nombor faks, alamat email;
  •  status produk dan/atau perkhidmatan yang diperolehi atau dilanggan oleh pelanggan dari XOX;
  •  data trafik seperti jumlah panggilan, SMS dan dan komunikasi lain yang dilakukan dan diterima oleh pelanggan beserta tarikh, durasi, masa dan kos bagi   komunikasi tersebut;
  •  jumlah data yang diterima atau dihantar oleh pelanggan;
  •  pilihan dan minat peribadi pelanggan;
  •  rekod panggilan yang dilakukan oleh pelanggan kepada pegawai khidmat pelanggan XOX bagi sebarang pertanyaan.

4.2.3 Data Peribadi pelanggan dikumpul oleh XOX melalui borang permohonan pelanggan, borang pendaftaran prabayar, sistem pengurusan khidmat pelanggan dan sistem rangkaian adalah bertujuan membantu dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. XOX berkemungkinan memindahkan Data Peribadi pelanggan ke pihak ketiga (yang berada di dalam atau luar Malaysia) yang menyediakan perkhidmatan penyimpanan data atau perkhidmatan pemprosesan data untuk XOX. .

4.2.4 Pelanggan yang telah memberikan Data Peribadi sebelum Notis ini dikeluarkan boleh menghubungi XOX menggunakan nombor talian di bawah untuk mengetahui jenis Butiran Peribadi yang telah diproses dan tujuan pemprosesan tersebut.

4.2.5 Melainkan menurut apa yang termaktub di bawah Notis ini dan melainkan apa yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah mana-mana enakmen, undang-undang, statut atau kod, XOX tidak akan menggunakan atau mendedahkan Butiran Peribadi Pelanggan tanpa sebarang kebenaran bertulis pelanggan.

4.2.6 Anda boleh memilih untuk tidak membenarkan Data Peribadi anda digunakan untuk tujuan yang tidak berkaitan terus dengan Perkhidmatan atau Laman Web XOX yang mana XOX bertanyakan maklumat tersebut kepada anda. Jika anda tidak mahu menerima maklumat promosi, anda boleh menghubungi XOX menggunakan nombor yang tertera di bawah. Namun demikian, harap maklum jika anda memilih untuk tidak menerima maklumat di atas, kami mungkin tidak dapat menyediakan Perkhidmatan yang tertentu. Langganan anda atau sebarang permohonan Perkhidmatan yang tertentu mungkin akan ditolak atau dinafikan oleh XOX.

4.2.7 XOX berhak memberikan nombor telefon bimbit anda kepada operator rangkaian lain untuk menggunakan Perkhidmatan mereka. Jika anda tidak membenarkan, XOX mungkin tidak dapat memberikan Perkhidmatan yang berterusan kepada anda.

4.3 Prinsip Pendedahan:

4.3.1 XOX hanya akan mendedahkan Data Peribadi untuk mematuhi syarat pemakluman agensi kerajaan; dan/ atau untuk tujuan memproses Butiran Peribadi yang mana anda memberi persetujuan untuk pendedahan.

4.3.2 XOX mungkin dari semasa ke semasa, bagi pihak rakan kongsi perniagaan luar akan menghubungi anda mengenai produk, tawaran dan perkhidmatan tertentu yang mungkin menarik minat anda. Dalam perkara berikut, Data Peribadi yang mengenal pasti anda tidak akan dipindahkan ke pihak ketiga. Semua komunikasi sama ada daripada XOX atau rakan kongsi XOX akan dihantar kepada anda oleh XOX.

4.3.3 XOX akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada anak syarikat, syarikat utama Axiata Berhad atau sebarang entiti untuk tujuan seperti tertera perenggan 4.2.1.

4.4 Prinsip keselamatan:

XOX bertanggungjawab untuk mengambil langkah berhati-hati dalam mengawal kerahsiaan dan keselamatan semua Data Peribadi, termasuk prosedur yang sesuai, langkah-langkah organisasi dan teknikal untuk melindungi data peribadi daripada sebarang kemalangan atau kemusnahan tidak sah atau kerugian tidak sengaja, perubahan atau pendedahan. Langkah-langkah ini termasuklah menandatangani perjanjian bertulis bersama subkontraktor yang memproses Data Peribadi mengikut arahan XOX dan menetapkan standard perlindungan data XOX sebagai langkah minimum.

4.5 Prinsip Pengekalan:

Dalam melaksanakan tangunggjawab melindungi Data Peribadi, XOX akan melantik pihak-pihak yang menyediakan perlindungan data, yang akan melindungi Data Peribadi daripada kehilangan atau kecurian, serta akses tidak sah, pendedahan, penyalinan/peniruan, penggunaan atau pengubahan. Perlindungan sedemikian termasuklah dari segi langkah-langkah fizikal, organisasi dan teknologi, contohnya kabinet fail yang berkunci, sekatan untuk akses ke pejabat, pelepasan keselamatan dan menghadkan akses kepada Data Peribadi pada kadar “ingin tahu” semata-mata dan penggunaan kata kunci serta penyulitan. Kakitangan XOX dan pihak ketiga akan dimaklumkan mengenai prosedur langkah-langkah keselamatan agar mematuhi prisip ini.

4.6 Prinsip Integriti Data:

4.6.1 XOX akan memastikan agar segala maklumat pelanggan lengkap, terkini dan tepat. Sebarang kesilapan maklumat yang dilakukan oleh XOX akan diperbetulkan secepat mungkin selepas notis diterima. Prosedur sedia ada dikekalkan untuk memastikan sebarang ketidaktepatan yang dilaporkan akan diselesaikan dengan segera dan efektif dan maklumat pelanggan kekal tepat, terkini dan lengkap seadanya.

4.6.2 Anda diwajibkan untuk memberikan Data Peribadi kepada XOX. Data yang tidak lengkap dan tidak mematuhi Perjanjian termasuk Borang Pendaftaran atau Adedum akan mengakibatkan permohonan perkhidmatan pelanggan ditolak, perkhidmatan atau Perjanjian dibatalkan dan/atau sebarang persuratan daripada XOX termasuk tanpa had, penyata bil gagal dihantar kepada PELANGGAN.

4.7 Prinsip Akses:

Mana-mana individu yang berurusan dengan XOX mempunyai akses ke Butiran Data sendiri dan boleh memohon agar Data Peribadinya diubah bagi tujuan kesempurnaan dan ketepatan.

5. DATA PERIBADI SENSITIF

5.1 XOX tidak memproses sebarang Data Peribadi Sensitif dalam urusan sehariannya.

5.2 Jika perlu, XOX akan mendapatkan kebenaran yang jelas daripada pelanggan sebelum atau ketika Data Peribadi Sensitif diproses.

5.3 Data Peribadi pelanggan mungkin akan diproses oleh XOX tanpa kebenaran pelanggan hanya jika dalam keadaan yang sah di sisi undang-undang.

6. LAMAN WEB XOX

6.1 XOX menyediakan produk dan perkhidmatan melalui beberapa laman web. Pelayan laman web XOX akan menyimpan maklumat tersembunyi seperti masa, tarikh dan URL apabila pelanggan melayari laman web XOX. Maklumat ini membantu XOX untuk memperbaiki struktur dan memantau perlaksanaan laman webnya. Dari masa kesemasa, XOX akan menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk menganalisa maklumat tersembunyi ini.

6.2 Antara perkara wajib yang perlu diisi ketika melayari laman web XOX adalah ID Log Masuk pelanggan, kata laluan, Data Peribadi untuk pengesahan, tujuan pelayaran web XOX, maklumat perhubungan dan nombor pengenalan. Maklumat ini diperlukan agar XOX boleh menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan. Pelanggan diminta merahsiakan ID Log Masuk dan Kata Laluan untuk masuk ke laman web XOX. Adalah dinyatakan dengan jelasnya bahawa XOX tidak menjamin Data Peribadi pelanggan kekal rahsia jika pelanggan mendedahkan ID Log Masuk dan Kata Laluan kepada sesiapa, dan demikian, XOX tidak bertanggungjawab jika berlaku pelanggaran Data Peribadi.

7. ALAMAT IP DAN COOKIES

7.1 XOX juga mengumpul alamat Protokol Internet (IP). Alamat IP digunakan untuk mengenal pasti setiap komputer yang menggunakan Internet dalam rangkaian global. XOX mengumpul dan menguruskan alamat IP sebagai salah satu servis pengurusan sesi internet dan untuk tujuan sekuriti.

7.2 Laman web XOX boleh memindahkan “cookie” ke mana-mana komputer pelanggan. Cookie merupakan sejumlah data yang membenarkan “server” XOX berinteraksi dan berkomunikasi dengan komputer pelanggan secara efektif dengan mengenal pasti pengguna komputer tersebut, sekaligus memudahkan urusan untuk log masuk. Pelayar boleh disusun dan diperibadi mengikut pilihan pelanggan untuk menolak, atau membuang cookies tersebut.

8. PENGIKLANAN BERDASARKAN MINAT

8.1 Pengiklanan Berdasarkan Minat merupakan sebuah kaedah pengiklanan di laman web yang kerap dilayari oleh pelanggan berdasarkan minat mereka. XOX akan mengumpul informasi tersembunyi berkenaan aktiviti pelayaran web pelanggan yang diambil melalui peralatan boleh internet pelanggan dan menggunakan maklumat tersebut untuk memudahkan XOX untuk mengiklankan iklan yang sesuai berdasarkan minat pelanggan. Pengiklanan Berdasarkan Minat tidak akan mengubah jumlah iklan yang diterima pelanggan, tetapi menjadikan iklan tersebut lebih sesuai dengan minat pelanggan.

8.2 Pelayar boleh disusun dan diperibadi mengikut pilihan pelanggan untuk menolak atau membuang sebarang maklumat mengenai Pengiklanan Berdasarkan Minat.

9. PAPARAN NOMBOR PANGGILAN

Paparan Nombor Panggilan (CND) membolehkan penerima panggilan mengetahui siapa yang membuat panggilan dengan memaparkan nombor telefon pemanggil. CND merupakan perkhidmatan standard sedia ada ketika anda membeli telefon daripada XOX. Melainkan jika anda memilih agar nombor (rumah atau mudah alih) anda dirahsiakan, atau talian tersembunyi, CND akan

memaparkan nombor telefon anda – di telefon orang yang menerima panggilan. Dalam erti kata lain, CND memaparkan nombor telefon anda di telefon orang yang menerima panggilan (dan pada operator rangkaian lain) dalam dan luar negara, kecuali jika anda mengambil langkah seperti di atas.

10. HUBUNGI XOX

Jika pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduam mengenai Notis Privasi, sila hubungi XOX pada 24 jam termasuk cuti umum di talian berikut:

Telefon : Dari Talian XOX 12273 / Dari Malaysia 1300 888 010 / Dari Luar Negara +603 7882 4952

E-mail : enquiries@xox.com.my

Alamat : Lot 8.1, 8th Floor, Menara Lien Hoe, No. 8,

Persiaran Tropicana, Tropicana Golf & Country Resort,

47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Maklumat diambil daripada https://xox.com.my/privacyStatement/details

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#44GB+UNLIMITEDCALL TAK HABIS AKAN DIBAWA KEHADAPAN
#BuatSekaliMakanBerkaliKali #BisnesJutawanSenSen

#44GB+UNLIMITEDCALL TAK HABIS AKAN DIBAWA KEHADAPAN

#BuatSekaliMakanBerkaliKali #BisnesJutawanSenSen

Blog Terkini

dasar privasi

NOTIS PRIVASI Laman ini beroperasi oleh XOX Com Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai “XOX”). Kami menghargai data peribadi anda dan melindungi maklumat peribadi anda

Read More...